Sunday, May 24, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan





Assalamualaikum all,

Kepada rakan-rakan yang dikasihi.... dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya 31 Mei 2009 ini bertempat di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah.

Sunday, March 1, 2009

Perilaku Berdasarkan Bulan Kelahiran Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Thursday, February 26, 2009

Impian Kasihku



"Ya Allah, kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...

Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!

Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan
kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...

"Amin...".

Monday, February 9, 2009

Kerana Cinta?

Sejak dari mula lagi aku mmg follow kisah Aziz M Osman ngan ustazah ni. Lawa ustazah ni...tapi kes nikah dia yg cukup meragukan membuatkan dia jadi famous seketika.

Pernikahan ustazah ni tida sah disebabkan pengakuannya sebagai anak dara dalam borang permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi perempuan dan tidak mengemukakan Perintah Mahkamah Rendah Syariah berhubung status pernikahan pertamanya. Dia kan guru agama, tak rasa lain macam ke bila sign pengakuan tipu mcm tu... Atau mungkin kerana status dia seorang 'guru agama' maka apa pendapat dia tentang agama semuanya benar belaka. Sebab itu dengan mudahnya dia menolak suami pertama dan memilih pengarah popular sebagai suami kedua tanpa berfikir akan kesannya di kemudian hari. Ada hikmah kenapa kena tempoh edah 3 kali suci dikenakan... ini yg ustazah ni kurang faham kot walaupun dia anggap pernikahan pertama adalah tidak sah.


Pelik sebab bagaimana seorang 'ustazah' bernikah pertama kali dengan seorang lelaki kemudian meninggalkan lelaki itu untuk bersama seorang pengarah yang popular. Kerana cinta atau kerana duit? Akhirnya...yang dikendong berciciran yang dikejar pun tak dapat. Ingin sangat menyelami hati 'ustazah' ni, bagaimana dia boleh bernikah tanpa pengetahuan keluarga...nampak sangat dia membelakangkan keluarga. Kesian mak ayah...sebab kesilapan dia mencaturkan kehidupan mak ayah sendiri yang dapat malu...dah la ayah dia yg nikahkan dia.

Hm...entahlah....

'Payahlah sikit...'Oleh Hadzlan Hassanhadzlan@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: “Payahlah sikit...tapi tak tahulah kita hanya merancang,” kata Nor Radhiah Ramli, 23, ketika ditanya sama ada dia bersedia menerima kembali pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Aziz M Osman, 47, sebagai suami selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, memutuskan bahawa perkahwinan pasangan itu tidak sah menurut hukum syarak.Nor Radhiah yang dihubungi malam tadi, berkata Aziz belum tentu mahu melamarnya semula, tetapi menyerahkan segalanya kepada jodoh.Dia bagaimanapun lega dengan keputusan mahkamah itu kerana semua kemelut sudah dapat dijelaskan.“Kami ambil tindakan mahkamah untuk selesaikan kekusutan dan alhamdulillah semuanya berakhir. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutama mahkamah dan keluarga yang membantu menyelesaikan masalah itu,” katanya.
Aziz pula menganggap perkahwinan kini bukan lagi perkara utama dalam hidupnya.
“Soal saya (kembali pada Nor Radhiah), biar jodoh tentukan kerana pastinya saya akan dulukan anak, manakala yang lain terserah kepada keadaan,” katanya ketika ditemui wartawan selepas prosiding itu.Aziz sempat berseloroh dengan berkata dia dan Nor Radhiah akhirnya kembali ‘bujang’.Seterusnya, dia bersyukur kerana segala kesangsian berhubung pernikahan mereka yang mencuri tumpuan ramai itu berakhir.“Alhamdulillah, semua kesangsian sudah terjawab. Selama ini, ramai kata saya berdiam diri tapi sebenarnya saya bukan ahli (dalam hal terbabit) dan hakim sudah membuat keputusan.“Saya bersyukur tapi bukan gembira kerana ia menyentuh perasaan ramai, banyak kerja tergendala dan keluarga terabai,” katanya.Dia yang sempat bertemu Nor Radhiah di luar mahkamah, menegaskan secara peribadi, kes terbabit satu pengajaran baginya supaya jangan gopoh apabila membuat sesuatu.Ketika itu, menurutnya, dia mungkin membuat keputusan drastik untuk bernikah kerana hendak membawa Nor Radhiah ke Bali tanpa memikirkan kesannya.Sebelum memasuki kamar mahkamah, pasangan berkenaan dilihat sempat bertentangan mata dan bercakap kira-kira jam 9 pagi.Aziz dilihat datang seorang diri ke mahkamah dengan memakai kemeja dan seluar biru manakala Nor Radhiah berpakaian baju kurung berbunga biru dan tudung sedondon ditemani kakak ipar, Marliana Ibrahim, 26, dan ibu mentua abangnya, Fatimah Jaafar, 58.Duda anak enam itu diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu pada 16 Ogos tahun lalu dan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, disaksikan jurunikah mukim Batu Rakit, Ismail Yusuf, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.Sebaik penghakiman dibuat, Aziz kedengaran bertanya kepada Nor Radhiah, “Awak okey ker?” sambil dibalas guru agama itu, “Saya okey“. Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya memanggil Aziz dan Nor Radhiah bersama peguam masing-masing ke dalam kamar sebelum membaca keputusan di mahkamah.Dalam keputusannya, Ismail membacakan satu persatu persoalan dibangkitkan dalam perkahwinan pasangan berkenaan sebelum memutuskan perkahwinan itu perlu difarakhkan.“Selepas membuat penilaian mengikut fakta kes dikemukakan, saya berpuas hati bahawa sepanjang akad nikah Aziz dengan Nor Radhiah pada 14 Syaaban 1429 bersamaan 16 Ogos 2008, saya sabitkan ia tidak sah mengikut hukum syarak.“Ini kerana jarak pernikahan pertama dan kedua Nor Radhiah hanya 20 hari sedangkan dia hanya boleh berkahwin selepas edah tiga kali suci daripada perkahwinan pertamanya yang terbatal seperti diputuskan Mahkamah Rendah Syariah di sini, 28 Julai 2008,” katanya membacakan penghakiman setebal 28 muka surat.Ismail berkata, apabila syarat kepada rukun nikah tidak dipatuhi, bermakna rukun nikah dalam akad nikah dalam perkahwinan itu tidak sempurna.“Saya berpuas hati dalam permohonan itu rukun nikah kedua ketika akad nikah perkahwinan Aziz dengan Nor Radhiah yang dilangsungkan pada 16 Ogos 2008 adalah tidak sempurna. “Akibatnya, akad nikah perkahwinan berkenaan menjadi tidak sah mengikut hukum syarak,” katanya Hakim turut menyatakan mahkamah mempertikaikan ikrar dibuat Nor Radhiah yang mengakui sebagai anak dara dalam borang permohonan untuk kebenaran berkahwin bagi perempuan dan tidak mengemukakan Perintah Mahkamah Rendah Syariah berhubung status pernikahan pertamanya.Ketika Nor Radhiah memohon kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Daerah Kuala Terengganu untuk mendapat kebenaran berkahwin dengan Aziz, kata Ismail, mahkamah mendapati dia membuat ikrar yang dirinya seorang dara. Sedangkan pada masa itu, dia diarahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menjalani edah tiga kali suci bermula 28 Julai 2008 kerana berlaku persetubuhan syubhat dengan bekas suami pertamanya, Engku Ahmad Hisham Engku Abdullah berikutan sabitan perkahwinan mereka didapati tidak sah.“Soalnya kenapa Nor Radhiah tidak mengemukakan perintah Mahkamah Rendah Syariah ketika mengemukakan permohonan untuk berkahwin dengan Aziz? Sebaliknya membuat akuan bahawa dirinya seorang anak dara dan pada masa itu tidak menjadi isteri sesiapa dan tidak dalam edah sesiapa.“Mungkin pemohon keliru dengan statusnya selepas perkahwinan pertamanya difarakhkan kerana tidak menepati rukun nikah,” katanya.Ismail turut mengingatkan orang ramai bahawa jika mahkamah mengeluarkan perintah farakh, persetubuhan yang dilakukan dianggap persetubuhan syubhah dan bukan zina.Dengan keputusan itu, hakim mengarahkan pasangan itu dipisahkan dari tarikh mahkamah membuat sabitan akad nikah itu tidak sah iaitu semalam.Nor Radhiah juga diarahkan supaya menjalani tempoh edah tiga kali suci mulai semalam bagi perkahwinannya yang tidak sah dengan Aziz.

Sunday, January 25, 2009

12 Gadis Tidak Dilepaskan Lelaki

Menurut pengkaji Matthew Fitzgerald, mencari perempuan idaman bukan lagi mudah bagi lelaki. Apatah lagi tujuan pencarian itu adalah untuk membina satu fasa baru kehidupan bersama. Alasan yang diberi pada era masa kini, rata-rata perempuan mempunyai ego yang tinggi, sifat self-centered yang tipikal dan mudah berasa tercabar dengan lelaki.
Namun jelasnya, masih ada lagi perempuan yang boleh mengisi kekosongan hati lelaki dengan begitu sempurna. Dia ini dipisahkan mengikut kategori masing-masing yang bersesuaian dengan sifat dan pembawaan diri.


Terdapat 12 perwatakan yang berbeza, yang mana dia ini masih member pilihan yang luas kepada lelaki yang mencari calon hidup. Tambah Matthew Fitgerald, teras pemilihan bergantung kepada citarasa lelaki. Mahu manja, seksi atau penuh wibawa, yang pasti tepuk dada tanya selera!

Nah ini dia senarai pendek perempuan yang khabarnya mampu membahagia dan menceriakan hidup pasangannya.

Si Gadis Manis – Miss Sweet
Si Gadis Manis ini dilihat oleh lelaki sebagai gadis yang sentiasa positif, memastikan kehidupan dia penuh dengan keceriaan dan debaran. Tiada yang menjemukan apabila bersama Si Gadis Manis. Sifatnya tidak berpura-pura, malah sentiasa berpijak di bumi nyata. Kehadirannya juga bukan sekadar menyenangkan lelaki, tetapi juga membawa kebanggaan.
Lelaki tidak teragak-agak mengisytihar Miss Sweet ini sebagai kekasihnya di hadapan kenalan atau saudara terdekatnya. Memang sukar sebenarnya mahu mencari Si Gadis Manis yang begini, namun bagi lelaki sekali dia menemuinya, ia umpama menemui permata terpilih di kalangan intan yang lain!

Si Gadis Saksama – Miss Equality
Gadis sebegini sering menyerlahkan sifat keperempuanan yang penuh kesempurnaan. Dialah sebenarnya a true feminist! Gadis ini disenangi lelaki kerana dalam jiwa dia tiada rasa hasad atau iri terhadap segala keistimewaan yang menjadi milik lelaki, yang mungkin tidak upaya dikuasai perempuan.
Si Gadis Saksama lazimnya begitu rasional dalam tindak tanduknya. Segala yang dilakukan mengikut laras dan sempadan yang menyenangkan dua gender. Kumpulan ini juga mempercayai hubungan dua perasaan yang baik harus berlandaskan 50/50 komitmen.
Dia ialah gadis idaman lelaki terutama yang mengutamakan kesaksamaan dalam perbelanjaan. Gadis Saksama tidak banyak cerewet biarpun dia diminta membayar bil makan tatkala temu janji.

Si Gadis Sensual – Miss Sexual
Lelaki sudah pasti berbangga jika Si Gadis Sensual berada dalam dakapan cintanya. Bukannya mudah untuk merebut Gadis Sensual kalau tidak cukup ketahanan mental! Maklum, gadis yang penuh sensual ini lazimnya menjadi rebutan ramai. Ingat, sensual di sini bukanlah yang sengaja menggedik seksi atau terhegeh-hegeh membuat parade keliling kaki lima kompleks membeli-belah.
Gadis yang sensual lazimnya mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap pasangannya. Semakin dicintai kekasih hati, semakin tinggi kehangatan dan daya sensual yang terserlah di wajahnya.
Jangan salah sangka, gadis yang sensual tidak pula bermakna dia memanipulasikan diri untuk memikat lelaki. Dia sebenarnya antara kelompok kecil gadis yang bertuah.
Secara semulajadi, dia mempunyai daya bujuk yang tinggi dengan raut wajah, bentuk tubuh malah mungkin juga suara! Pun begitu ada ketika dia melalui getir bila tidak disukai ramai gadis lain. Gadis sensual memang popular di kalangan lelaki, demikian juga di dalam sesi mengumpat orang perempuan! Nama dia sering menjadi topic yang paling sensasi.

Si Gadis Rakan Karib – Miss Best Friend
Sifat Gadis Rakan Karib ini hampir sama dengan Si Gadis Manis. Cuma membezakan, Si Gadis Rakan Karib ini benar-benar membahagiakan. Gadis seperti dia tidak perlu cantik atau manis dipandang, namun mempunyai tingkah laku yang sentiasa dicari-cari oleh si lelaki.
Bersama dia, jejaka boleh berkongsi topik seperti perlawanan bola sepak dan bercerita mengenai wayang yang ditonton bersama-sama. Mengenali gadis yang memiliki ciri ini juga mudah.
Biarpun baru berbual sekadar 5 minit, jejaka mungkin merasakan bagai sudah 5 tahun mengenalinya. Gadis seperti ini tidak menagih hubungan yang melankolik atau penuh ungkapan rindu. Dia juga tidak sekadar menanti panggilan kekasih. Jikalau lama tidak berhubungan, dia tidak ragu-ragu menelefon sekadar untuk bertanya khabar.
Lelaki memang seronok bergelak ketawa dengan Si Gadis Rakan Karib. Malah, untuk bersedih atau meluahkan masalah pun, Si Gadis Rakan Karib adalah tempatnya.
Cuma lelaki yang bijak harus menunjukkan isyarat yang lebih bermakna... kalau di hati sedah terpaut, Gadis Rakan Karib perlukan kepastian.
Jika tidak, di dalam fikirannya, dia tetap menganggap jejaka yang mendekatinya itu hanyalah salah seorang daripada sahabat semata-mata. A word of warning, though – with Miss Best Friend, you have to make your sexual interest known from day one because if she gets it into her head that you are going to be ‘just friends,’ it’s almost impossible to change her mind.

Si Gadis Lurus – Miss Straight Forward
Dia adalah gadis yang cekap serta tahu cara terbaik berkomunikasi dengan lelaki. Si Gadis Lurus ini antara yang cekal dan berani. Dia tidak teragak-agak dalam meluahkan kata-kata.
Kalau dia memang ada hati untuk berkenalan dengan jejaka yang disenangi, dia tidak akan menunggu terlalu lama untuk membuka langkah. Dia mungkin akan membuat panggilan pertama, malah mengajak keluar makan malam.
Gadis seperti ini tiada masa untuk berpura-pura, tidak pandai menyusun ayat bermadah dan dia juga tidak mengharapkan lelaki membaca fikirannya. Jadi baginya, cara yang terbaik adalah berterus terang. Segala yang lahir di bibir adalah apa yang terdetik di hatinya. Dia bukan gadis yang manja, yang di bibir berkata lain, tetapi di hati lain pula dirasakan.
Namun, bagi segelintir lelaki ini mungkin cara yang paling ringkas untuk berpacaran.. Tidak perlu membuang masa atau berdalih-dalih tentang hati dan perasaan. Jika ciri yang lain memang menepati hati jejaka, maka sikap berterus terang begini sebenarnya lebih memudahkan kerja.

Si Gadis Berdikari – Miss Independent
Ini adalah gadis yang paling disenangi oleh jejaka apatah lagi jika jejaka itu memang tidak cukup duit untuk melabur demi memikat sekeping hati.
Gadis yang berdikari selalunya lebih berpijak di bumi nyata. Dia juga tidak mengimpikan dirinya sentiasa diuliti dengan kejutan demi kejutan sepanjang persahabatan. Gadis begini lazimnya tahu tentang pilihannya dan amat yakin dengan setiap tindak tanduknya. Gadis yang berdikari ini mengimpikan kehadiran lelaki bagi menyempurnakan kehidupannya.
Pun begitu, dia tidak memerlukan lelaki untuk melaksanakan segala keperluan dalam hidupnya. Paling menyenangkan hati kekasih apabila gadis ini tidak memaksa lelaki berbuat sesuatu mengikut caranya.

Si Gadis Setia – Miss Loyal
Dalam mana-mana perhubungan, sudah tentu kesetiaan menjadi ciri utama yang diimpikan. Setia berkasih atau setia bersahabat adalah idaman semua. Maka apabila lelaki menemui gadis yang setia, ia satu keuntungan. Si Gadis Setia tidak akan sesekali menganiaya kekasihnya biarpun dirinya mungkin dihambat cinta jejaka lain. Mungkin lelaki lain member a better deal pada si gadis, namun cintanya tetap hanya pada yang satu. Di sinilah kelebihan Si Gadis Setia yang tidak mungkin dilepaskan oleh lelaki yang menemuinya.

Si Gadis Sifar Tekanan – Miss No Pressure
Kalau dilihat pada usia, si gadis mungkin sudah melewati tempoh yang sepatutnya berumah tangga. Namun, sesuai dengan gelaran yang disandang, Si Gadis Sifar Tekanan, dia tidak pernah risau tentang isu mashu berumahtangga.
Setiap kali bersama kekasih hati, dia tampak begitu bahagia, gembira dan tidak pernah sesekali mengungkit bila dirinya akan dipinang. Jejaka yang belum bersedia mungkin berasa lega dan selesa kala bersama dengan Miss No Pressure.
Namun, bagi yang ada matlamat hidup, pihak lelaki harus berterus terang. Jika tidak, hubungan jangka panjang tampak agak kabur. Ini kerana bagi Si Gadis Sifar Tekanan, kalau jodohnya sudah sampai biarlah ia berlaku secara natural bukannya dipaksa-paksa atau dirancang dengan segala tekanan yang menyeksa jiwa.

Si Gadis Sejahtera – Miss Secure
Dia gadis yang sentiasa reda dengan segala yang berlaku disekelilingnga. Biarpun ada ketika dia di uji dengan segala macam kesusahan, namun Gadis Sejahtera tetap mengharunginya dengan perasaan yang tenang. Miss Secure selalu mengharapkan kekasihnya menerima keadaan diri dengan seadanya. Dia seorang yang amat yakin kepada diri sendiri dan sentiasa positif dengan masa depannya.

Si Gadis Personaliti – Miss Personality
Bertuah bagi jejaka yang dapat memiliki si gadis yang penuh dengan karisma dan personaliti. Lebih beruntung kalau si gadis idaman jejaka ini sememangnya cantik jelita. Namun, bukan itu yang menjadi kebanggaan.
Yang lebih utama adalah kebijaksanaannya. Si Gadis Personaliti ini bagai mempunyai aura yang mana sekali dia membuka mulut, ramai akan teruja dan kagum dengan kata-katanya. Bila dia melangkah masuk ke satu ruang, majlis atau mana-mana saja, setiap mata akan menoleh dan memandangnya. Dirinya umpama magnet yang ada daya penarik tersendiri.

Si Gadis Bajet – Miss Low Maintenance
Ini adalah yang paling jarang dan sukar untuk ditemui. Tidak ramai gadis yang sanggup menahan diri untuk berlawa-lawa atau berbelanja mengikut kemampuan. Namun, untuk Miss Low Maintenance, dia adalah gadis yang ditemui satu dalam seribu.Dia tidak semestinya tidak berduit. Malah mungkin lebih daripada mampu, namun pembawaan dirinya amat sederhana sehingga tidak berkisah untuk berbelanja dan berhias diri.
Paling menguntungkan lelaki bila Miss Low Maintenance ini tidak pernah peduli sama ada kekasihnya seorang yang ada wang atau sebaliknya. Dia tidak bertanya, tidak pernah ambil tahu dan sememangnya dia tidak peduli mengenai kewangan kekasih. Dia menyayangi kekasih kerana diri seseorang bukan kerana wang. Malah, kalau terdesak, Miss Low Maintenance sanggup berkongsi duitnya membantu kekasih hati.

Si Gadis Impian – Miss Right For You
Gadis ini sentiasa menjadi igauan ramai jejaka. Dia adalah gadis yang sempurna dalam segala segi. Kalau tidak begitu jelita, mungkin si gadis manis dipandang...tidak banyak kerenah, tidak terlau meminta-minta serta ada pula cirri bonus iaitu bijaksana! Semua cirri impian ini boleh dirangkumkan menjadi a good-looking trophy girlfriend. Lelaki yang berjaya menemui gadis begini untuk mengisi kekosongan hati dianggap paling bertuah.
Lelaki apabila menemui gadis begini tentu sahaja tidak mahu bertangguh untuk mengikat hubungan secara rasmi. Memang sebaik-baiknya begitu. Maklum Si Gadis Impian adalah gadis yang terhangat di pasaran. Dirinya mungkin sentiasa dipuja oleh lelaki lain. Malah dikalangan gadis, dia juga disegani dan dihormati. Mana-mana lelaki yang berjaya memilik hatinya pasti akan berbangga. Kerana apa? Dirinya akan dicemburui lelaki.

Saturday, January 17, 2009

Minah Rempit

Sangat menyedihkan bila terbaca berita sebegini, yang menunjukkan betapa lemahnya jati diri orang Melayu terutamanya anak gadis zaman ini.

Teringat zaman masa matrikulasi dulu 10 tahun lepas. Pengetua sering member nasihat SETIAP PAGI berbunyi, " Kukur apa pada kukur, kelapa juga yang rosak binasa." Masa tu rasa boringnya pengetua ni, tiap pagi asyik bagi nasihat yang sama. Tapi kalau difikirkan semula intipadi peribahasa tu simple je maksudnya. Apa-apa aje perbuatan terlarang, apatah lagi berkaitan orang perempuan ni, kesan buruk lebih terasa di pihak perempuan.

Seperti gadis dalam berita di bawah. Keseronokan hanya sementara, tapi kekesalan dirasakan sepanjang hayat. Cuba bayangkan jika kita berada dalam situasi si gadis...bagaimana hendak melupakan kisah silam yang sangat hitam? bagaimana agaknya perangai anak-anak akan datang jika sudah berkahwin? akan adakah lelaki yang baik yang sudi mengambil sebagai suri dan memberi didikan agama sebaiknya? Cuma, saya hanya mampu mendoakan moga gadis tersebut kuatkan semangat mendepani cabaran dan moga sentiasa berada di jalan yang benar.

Wajarkah ibu bapa dipersalahkan?

Wajarkah keadaan dipersalahkan?



Ratu Rempit ternodaOleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Nor Azmelia Azahari am@hmetro.com.my


SEREMBAN: Dia bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan dua lelaki serentak dan melayan lelaki seusia bapanya, malah digelar Ratu Rempit.Pengalaman kali pertama dinodai rakan teman lelakinya menyebabkan gadis itu ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.Bagi memuaskan nafsu gilanya, gadis kecil molek yang mula belajar merokok ketika di tahun lima sanggup mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam dikenalinya.Gadis terbabit mengakui mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki untuk mengejar keseronokan dan pantang dicabar menyebabkan dia terjebak ke lembah yang merosakkan masa depannya.Pengalaman buruk gadis terbabit yang didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk mengaibkan sesiapa, namun sebagai pedoman untuk remaja perempuan yang baru ingin ‘kenal dunia’ supaya tidak mengikut kata hati sehingga menjadi pemuas nafsu lelaki buas.Gadis dikenali sebagai Mimi, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang Mat Rempit ketika di tingkatan empat.“Setiap malam minggu, kami keluar bersiar-siar dan menonton aksi liar Mat Rempit menunjukkan kehebatan masing-masing.“Saya seronok apabila dapat bercampur dengan kumpulan Mat Rempit dan berasa diri sangat hebat,” katanya.Selepas beberapa lama berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan belang apabila menyerahkannya untuk ‘dipakai’ seorang rakan.Dia akan dipandang rendah jika menolak pelawaan Mat Rempit untuk mengadakan hubungan seks menyebabkan kesuciannya diserah bagi menjaga imej di kalangan rakan.Menurutnya, pengalaman kali pertama itu menyebabkan dia ketagih dan sukar melupakan perbuatan itu walaupun menyedari menyalahi hukum agama.“Sejak itu, saya sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta. Ibu bapa tidak tahu perbuatan itu kerana saya memaklumkan mahu ke sekolah sedangkan saya ponteng dan mengikut lelaki ke rumah sewa mereka,” katanya.Mimi mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki dalam satu bilik hotel dan ia pengalaman yang menakutkan baginya.“Ibu bapa tak ambil kisah apa yang saya lakukan di luar rumah dan mungkin mereka tak tahu dengan siapa saya berkawan.“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu, kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya sedikit terabai,” katanya.Keseronokan Mimi tidak berpanjangan apabila dia terbabit dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya ketika di tingkatan lima.“Akibat kemalangan itu, saya dimasukkan ke wad kecemasan dan dirawat selama beberapa hari. Namun, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan bertaubat,” katanya yang kesal dengan apa yang berlaku.Gadis itu kini mendapat tempat di sebuah pusat pengajian tinggi di ibu kota dan menyesali pengalaman hitamnya.Dia menasihatkan gadis, terutama yang baru mengenal dunia agar menjauhi perbuatan terkutuk kerana kegembiraan yang dikecapi hanya sementara.“Pilihlah kawan yang boleh membawa ke jalan benar dan jangan ikut kata hati kerana yang binasa diri sendiri.“Kepada ibu bapa, berilah pengawasan kepada anak gadis bagi mengelak mereka hanyut dalam dunia noda dan dosa,” katanya.

Friday, January 16, 2009

Rindu

"Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."
What an opening....
I miss someone so much right now and I'm not sure whether that person also missing me...but hopefully that person reach the aura. Or maybe the person is missing me and I receive the aura causing me to miss that person too...complicated explanation for a simple 'RINDU'.
Kadang-kadang rindu sangat menyakitkan. Aku pernah rasa rindu yang teramat sampai keluar air mata. Entahlah...

And I hope very much...Allah sends me someone who can accept who I am, who can make me smile and happy all the time, who can shed away all my tears...Amin